jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Wednesday, 4 April 2018

TISU PUTIH.


...........

This is me, myself
I lost it somewhere.

This is me, alone
Starring blankly
Through the deep night and clear sky
no stars
no Moon
only the soft breeze embraces every inches of my body.

This is me,this feeling
is empty and so dry
So dry that i feel nothing

This is me, myself
Still lost

Wandering here and there
Till I found a place
where I can rest my head on a mat
Cover my whole body with a long wide scarf
Spit out my sins
Crying my heart out
To the 'VERY ONE' I cherish

Now, this is me
I feel lighten
The emptiness
is filled up

This is me, so peace
No one could destroy it

This is me, happy
that finally
I found my way



-atihinata, 2018-
5.30 am

Wednesday, 28 March 2018

Diakah Putera Bani Tamim?

Salam dunia. Selawat kepada Baginda Rasulullah.  Syukur atas nikmat yang Allah berikan. 
Nyawa.
Emak.  
Kesihatan.
Kecukupan. 
Keinsafan.

Topik cik kucing hari ni adalah berkenaan Putera Bani Tamim.
Sedih. Sayu hati cik kucing. Kenapa?
Semua orang yang cik kucing tanya, semua terlepas pandang berkenaan Putera Bani Tamim.
Lupakan kita sudah di akhir zaman?
Alkisahnya, cik kucing dapat tahu berkenaan Putera Bani Tamim ni dari seorang dalam satu majlis ilmu. 
alhamdulillah. Ada kalanya Allah mengizinkan cik kucing terlibat dalam majlis ilmu.
Dari situ cik kucing dijentik oleh satu perasaan tentang Putera Bani Tamim ni.
Namun, manusia sering kali lalai dan alpa.
Tidak terlepas cik kucing.
Saat cik kucing hampir-hampir lalai sepenuhnya tentang ilmu akhir zaman, Allah takdirkan cik kucing berjumpa dengan seorang pemuda yang sangat lain perwatakan dia. 

...cik kucing ceritakan kemudian....


Image result for bismillahirrahmanirrahim

Apa yang cik kucing nak share ni, mungkin benar mungkin tidak.
kajilah! bacalah! supaya kalian lebih mengerti tentang apa yang cik kucing sampaikan dan supaya kalian tidak menyalahkan cik kucing sekiranya maklumat yang cik kucing kongsi ni ada cacat celanya.

Sedarkah kita, paksi matahari makin berubah dari hari ke sehari. 
masa berlalu kian pantas. 
Maksiat bercambah tanpa henti.
Para ulamak makin hilang di dunia. 
Alquran makin ditinggal.
Masjid dan surau makin lengang. 
Muda mudi kian leka. 
Allahu.
Istighfar lah wahai anak muda. Selawatlah wahai anak muda. Ucaplah syahadah wahai anak muda.
Biar seribu kali. Biar tiada henti. 
Bumi makin tua. NAZAK! Dunia makin singkat. AKHIR ZAMAN!

Bila tibanya akhir zaman, akan muncul golongan pemuda-pemuda yang akan memperjuangkan semula Islam.
Islam akan bangkit semula. 
Dajjal akan muncul, bersama bala tentera yakjuj makjuj. Allahuakbar. 
Bersediakah kita? Bersediakah kita melawan fitnah dajjal yang paling besar?

"Kebangkitan Islam Kedua Akhir zaman, akan muncul 4 pemuda ini"

1. Imam Mahdi

2. Putera Bani Tamim

3. Al-Hasyimi

4. Haris Harras

Figure Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudah sedia diketahui kewujudannya akan tetapi figure Al-Hasyimi masih menjadi misteri. Al-Hasyimi adalah seorang lelaki yang mempunyai peranan besar di dalam kebangkitan Islam bahkan beliau adalah kunci bagi kebangkitan Islam. Tanpa beliau Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi tidak dapat memenangkan Islam. Kerana pentingnya beliau hingga figure ini menjadi rahsia hingga berlaku jadual Allah.

Tidak seperti Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim yang sudah terkenal individu tersebut tetapi Al-Hasyimi tetap dirahsiakan identitinya. Siapa Al-Hasyimi?

Menurut hadis Al- Hasyimi adalah lelaki dari hujung timur. Mempunyai tahi lalat di bahu kiri. mempunyai tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri. beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi dari sebelah Bapa. Mengikut pendapat saya beliau adalah lelaki ahlulbait berbangsa Melayu dan ada hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi. Apa peranannya?

Peranan beliau adalah

1. Pencetus kepada Daulah di Timur

2. Orang Kanan kepada Putera Bani Tamim

3. Putera Bani Tamim dan beliau bergabung dengan Haris Harras untuk memerangi As-Sufyani

4. Pemegang panji-panji Imam Mahdi semasa Malhamah kubra

5. Menyerahkan khilafah kepada Nabi Isa as sesudah Imam Mahdi wafat

Peranan pertama dikunci suatu ketika dahulu demi menjaga amanah dan rahsia kebangkitan. peranan pertama sangat penting dan tak boleh didedahkan kerana jika Yahudi tahu maka beliau akan diburu dan tak akan dibiarkan hidup. Kunci dibuka kerana masanya sudah hampir kerana saat ini munculnya As-Sufyani dan Yahudi sudah bertindak untuk mencari siapakah gerangannya Al-Hasyimi kerana peranan ini sudah mereka ketahui.

Al-Hasyimi adalah orang yang sangat di monitor dan sangat diburu iblis dan Dajjal kerana peranan beliau pemegang kunci kemenangan dan padanya terdapat rahsia jadual Allah. Dia menjadikan Yahudi seolah-olah boneka yang dipermainkan bagi mengisi Jadual Allah. Beliau diberikan maklumat rahsia dari semasa ke semasa untuk membuka kunci rahsia perjalanan jadual Allah.

Di zaman Nabi Isa Al Masih as beliau dimuliakan dengan menjadi penyerah kuasa kekhalifahan kepada baginda as.

Hasil dari pembacaan cik kucing juga, sebelum munculnya Imam Mahdi, akan muncul terlebih dahulu Putera Bani Tamin.
Tetapi, Putera Bani Tamim ini akan berjumpa musuh beliau yang sangat dasyat iaitu kaum Sufyani. 


........

Kemunculan the beast atau third anti-christ oleh Notradamus manakala Islam pula mengelarkannya AL-SUFYANI.


AL-SUFYANI? 
Siapa mereka?
Ada yang beranggapan Al-sufyani sebagai AS , akan tetapi bila di kaji secara mendalam mengenai kronologi pergerakan Al-Sufyani, bala tentera atau dia sendiri MAMPU memasuki Mekah dan Madinah untuk mengejar/menangkap Imam Mahdi nanti. Jelas di sini, the third antichrist mungkin dari kalangan muslim itu sendiri.

Memandangkan terlalu banyak demonstrasi, pemberontakan di kalangan orang puak Syiah di negara Arab, berkemungkinan besar Al Sufyani ini dari kalangan orang-orang Syiah. Puak2 syiah di Iran contohnya walaupun amat menentang US, tapi mereka adalah umpama VIRUS di kalangan orang-orang Islam itu sendiri. Selain berlainan fahaman anti sahabat, anti isteri nabi, mereka juga mengangap ahlul sunnah wa jamaah adalah lebih kafir dari orang kafir yang menyembah berhala. 


Apa kaitan Al-Sufyani dan Pemuda Bani Tamim sebagai mujaddid?


Pemuda Bani Tamimn dan sahabatnya adalah musuh Al-Sufyani ini. 
Saat berlakunay pergolakan Islam, pemegang panji-panji hitam ini akan bergegas ke sana untuk pertahankan syiar Islam sebagai seorang mujaddid.

KEMUNCULAN PEMUDA BANI TAMIM...COMMANDER IMAM MAHADI
hadith riwayat Ka’ab bin Alqamah RH,

“Yang akan membawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki yang muda usianya. Dia berjanggut nipis dan berkulit kuning. Sekiranya dia menggempur gunung, nescaya gunung itu akan hancur dan menjadi rata (sehinggalah mereka) sampai ke bandar Ilyak (sebuah bandar di Baitulmaqdis)...........”

Sabda Nabi SAW,
“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al-Mahdi.” (At-Tabrani)
........

Dengan nama Allah yang Maha Esa, 
cik kucing akan menyokong Putera Bani Tamimini walau di mana pun dia berada.
Bersama dia, teringin cik kucing untuk berjuang demi Islam. 

.....

Persoalannya, sudah wujudkan Putera Bani Tamim? Siapakah di kalangan pemuda masa kini yang sebenarnya adalah Putera Bani Tamim?
Di mana dia?

Berbalik kepada cerita awal cik kucing. 
Bertemunya cik kucing dengan seorang pemuda. 
walaupun sedikit kurus, tapi dia nampak tegap, sasa, dada bidang.
raut wajah?
Manis.
Tenang.
Tetapi nampak kosong. Seakan dia mencari sesuatu, tapi dia tak tahu apa yang dia cari. 
saat cik kucing perhati dia, entah kenapa muncul perasan sayang.
rasa rindu bila tak nampak. 
rindu nak dengar suara dia. 
Tak tahu kenapa, dia pegang hati kami semua. 
Dan cik kucing banyak ingt akan Baginda Rasulullah. 
ingat Allah. 
Mungkin Allah takdirkan cik kucing untuk bertemu pemuda ini.
kerana cik kucing pun makin jauh dari Allah.
Banyak sngt cik kucing tinggal perkara sunnah. Allahu. Malu. 

Perwatakan dia. Ujian dia. Fizikal dia. Riak muka dia.
Allahu, sama. Sama macam yang cik kucing baca. Sama macam yang ustaz bagitahu.
Allahu. 

Adakah dia Putera Bani Tamim yang cik kucing cari?
Mungkin ya, mungkin tak. Atau mungkin dia adalah pemuda Al Hasyim
Iaitu orang kanan Putera Bani Tamim. 
Mungkin. 
Jika benar dia, Allah berilah cik kucing petunjuk.
Jika bukan dia, maka Allah beri juga petunjuk.
Wahai pemuda, cik kucing tak tahu kau akan baca entri cik kucing atau tak.
Jika kau baca, maka isilah semula kekosongan dalam diri.
Menanti saat untuk berubah? Jangan!
Paksa.

petik kata-kata Sheikh Fesol, solatlah walaupun kau tak ikhlas.
Solatlah walau kau solat sepantas kilat.
Solatlah walau dirimu penuh dosa.
Solatlah walau hatimu penuh  hitam.
Solatlah walau engkau seorang penzina. 
Sampai saat, Allah akan simbahkan sinar dalam hati. 
menangislah engkau masa tu. Sujud sesungguhnya kepada Allah. 
  
Walau dimulakan dengan paksaan.
Paksaan akan menjadi kebiasaan.
Kebiasaan akan menjadi keikhlasan. 
Keikhlasan akan memancarkan keimanan dan ketaqwaan.

Salam alaik. 

Image result for putera bani tamim


Image result for putera bani tamim

Related image






Friday, 26 May 2017

Detik Ramadhan


29 Syaaban 1438 / 26 May 2016 / Jumaat

Detik Ramadham kembali lagi. Tahun-tahun sebelum ni, Cik Kucing dah banyak sangat sia-siakan Ramadhan yang datang. Banyak lagi ibadah-ibadah yang belum Cik Kucing betul-betul laksanakan. Di saat diri digelumangi dengan kesibukan dunia, Cik Kucing lalai untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan.

Kenapa..??

Assignment. Ya soalan lazim itulah yang sering Cik Kucing beri. Padahal, bukan assignment yang akan bantu menyalakan kubur Cik Kucing tetapi amal ibadah, keikhlasan hati, kesenengan jiwa dan keimanan yang utuh. Bertanya lagi pada diri: "Kuatkah iman ku? Sekuat manakah iman tu??" Sesungguhnya, Cik Kucing sendiri pun tak mampu nak jawab.

Tapi entah kenapa, Cik Kucing rasa lain sangat hari ni. Seronok. Bahagia. Allahu, esok dah Ramadhan :) bahagianyaaaa..Hari pertama Ramadhan, Allah beri rezeki dan peluang berpuasa bersama mak, abang, kak ipar, Haida dan bakal si kecik dalam perut. Alhamdulillah..heee...


Sebenarnya ada cerita yang Cik Kucing nak kongsi. Tengah hari tadi, kononnya Cik Kucing nak qailullah. Hahahaha sekali terlajak la sikit...ops! Then Cik Kucing termimpi.

Ada seorang ustaz yang pernah belajar di Jordon datang jumpa Cik Kucing. Ustaz tu pesan...

"Ustaz datang ni bukan apa, ustaz cuma nak tegur. Kadang kita leka, lalai,alpa...sebab tu
banyak sangat benda buruk jadi depan mata tapi kita anggap ringan.
Satu ja, ingat sampai mati..Kalau dekat dalam tu kotor, semua benda jahat akan masuk.
Tapi kalau dekat dalam tu bersih, semua benda jahat tu akan keluar dengan sendirinya."


Kemudian Cik Kucing terbangun. Allah. Peringatan, nasihat tu datang dari banyak cara. Kita takkan tahu pun. Syukur. Cik Kucing harap sangat Cik Kucing bukan antara manusia atau hamba yang sudah tersasar jauh. Kerana Cik Kucing nak jadikan Ramadhan kali ni betul-betul bermakna dan semoga Ramadhan yang bakal Cik Kucing sambung besoknya menjadi titik perubahan Cik Kucing kepada seorang wanita yang solehah dan lebih baik dari sebelumnya. 



Dan akhir kalam bersulam tinta dari Cik Kucing, Cik Kucing hadiahkan gambar buat tatapan. :)


ps: Mary Kay beroperasi macam biasa di bulan Ramadhan. Jom sihat dan cantik. Heee.. 








Monday, 17 April 2017

Kena belajar tebalkan muka

Selamat pagi dunia, alhamdulillah Ya Allah,,syukur masih bernafas..syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau curahkan sehingga ke saat ini..

Sejak berkurun berhabuk blog ni, cik kucing menambahkan lagi habuk tu..kesian diari cik kucing..
fuhhh! Sejak join Mary Kay, rasanya cik kucing ni dah banyak sangat tebalkan muka approach orang, cari prospek, cantikkan orang dan sebagainya...

MasyaAllah, ni kali kedua cik kucing request to follow..ermmm this 'someone' ..
Allah jer tahu perasaan nak add tu..takpe, cik kucing guna acc business..bukan personal..ahahaha..ok stop!
cik kucing bukan nak cari pasal, bukan nak stalk, bukan nak ngorat...cik kucing nak perkenalkan Mary Kay dengan semua org jer..termasuk lelaki...why not kan..? kalau tanya, lelaki mana jer yang tanak isteri dia cantik..even muka biasa2 jer..at least dia nak tengok muka wife dia gebu, kulit bersih licin...then same goes to girl...korang yg lelaki tu ingat perempuan ni selesa sangat ker tengok korang kalau muka berjerawat batu, bernanah, berparut and so on..that's why boys pun kena jaga.

Well, Mary Kay now antara top 3 best products in the world. yer, boleh bawak solat. why..? sebab dia 100% botanical, no animals were harm during the making of the products dan semua products Mary Kay diuji dekat manusia sendiri iaitu Mary Kay Ash. Yes, dia uji product dia sendiri before publishing to others.

So, agak2 'someone' tu fikir apa agaknya bila dapat request dari aku..ikot hati tanak pun aku add dia..but come to think of it..add jer la..tak sakit kt mana pun..kalau dia yg fkir buruk pasal aku, then mungkin dia ptt tanya hati la kot...mesti hati tak sihat tu asyik fikir buruk pasal org...
sebelum ni, aku cuba berbaik..rasanya dah baik dah sebelum exam SPM dlu..ahaha..tak sngaja tejumpa ig dia...so aku add guna acc personal..hurm hurmm mcm org bodoh ja..dia tak approve or maybe dia dlete request...ahahaha aku malu so aku block dia terus...(JAHAT TAK??)

tetiba hari ni rasa nak add balik but guna business punya..sokay la cik kucing. you have done your best! Ingat, cik kucing tak boleh malu cuz you'r doing this for the sake your your business.
Haaaaa sorry AAA..'aku nk sebar pasal Mary Kay jer, Lillahi..'
Plus, aku dah ada calon sendiri pun..nak kahwin dah pun nanti..then why bother nak stalk org lain bagai..tak da keja..ahaha..masa sekolah lain..tak matang..cik kucing  bodoh2 lagi masa tu..kalau boleh putar masa..tu laaaa benda yg cik kucing nak ubah sangat2...
Sakit bila org panggil cik kucing 'bitch' :')
Sakit bila org panggil cik kucing 'Md Alias' sedangkan cik kucing sendiri tak pernah kenal ayah cik kucing masa tu..

Dari hati, pagi ni..hari ni..Allah, lapangkan dada cik kucing..saya maafkan mereka-mereka semua yang panggil saya macam tu..yg selalu fikir buruk pasal saya..saya maafkan...dan saya maafkan 'someone' tu yg pernah reka-reka cerita entah apa2 dekat kawan2 dia pasal cik kucing...semoga kalian bahagia, dapat isteri yang solehah..in shaa Allah amin...

dan utk cik kucing...cik kucing bersyukur ditemukan dengan bakal suami cik kucing yg sekarang ni..biar tak handsome sngt, asalkan sado..acece ops! Dia juga antara manusia yg banyak bantu cik kucing utk berubah to be who I am now..palingggggg tak sangka..
pukul 3 pagi dapat call from him..

"Ati..oo ati, bangun jom..kita tahajud.." :') dengan cik kucing tgh mamai bebel tah apa2..
but thank you awak..bila cik kucing lalai, dia ingtkan....

TO 'someone' cik kucing harap sngt dia clearkan minda dia..buang prasangka yg cik kucing suka dia smpai sanggup stalk curi gambar and so on..ahahahah :') cik kucing tak buat pun....TAK PERNAH..
ahaha entah la manusia mana sbnarnya yg buat pastu kenakan cik kucing..well, 'someone' tu pun tak pernah nk confront dgn cik kucing kan..ahahaha dah la..mmg tak da jodoh nak berbaik2 berkawan dgn dia mcm org lain kot...

Sekian luahan cik kucing..bubye..
ps: cik kucing bukan seperti yg org lain sangka, tolong la kenal cik kucing betul2..im not like that of girl yg mcm dorang ngutuk2 masa sekolah..mungkin ada perangai2 buruk dlu,,but dah lama cik kucin buang jauh2..so that i can really be a good person o Earth.

Btw, Nak tahu pasal Mary Kay jgn lupa cari cik kucing. you know where to find me..heee






Thursday, 17 November 2016

Diari Cik Kucing

Assalamualaikum dunia...salam semua..
Mimpi ngeri apa Cik Kucing pagi ni tetiba lepas solat subuh terasa nak update entri dalam blog yang bukan setakat dah berhabuk tapi bersawang and kalau la blog ni besi, agaknya dah berkarat dah ni..melimpah-limpah keluar cecair asid dan alkali air karat..ahaha laugh to my own self..
Mungkin inspired dari watak Si Ana dalam '5 Tahun 5 Bulan'..
Atau....
Mungkin juga aku disuntik dengan antibiotik kata-kata yang super power boom kebabboomm dari Hlovate yang sememangnya tak pernah mengecewakan aku...
Atau mungkin juga saraf-saraf neuron aku dah kembali segar..final paper pun tinggal lagi satu..
Haaa Cik Kucing menanti hari nak balik ni..cepat la cepat la...

First...
Since dah bercapuk sangat Cik Kucing tak melawat sini kan...jjujur dari hati kecil nurani, di sini jer Cik Kucing rasa Cik Kucing masih dengan diri yang sebenar..tapi bukan nak cakap yang dekat luar Cik Kucing is being a joker, Harley Quinn or even a Poker...
Cuma kat  luar mungkin Cik Kucing lebih berhati-hati...'you cannot satisfy every person on Earth including your own self sometimes but still..that's what people demand.'

Second..
Cik Kucing banyak sebenarnya nak meluah..tebal sangat kerak-kerak roti yang bakal dilenyek-lenyek untuk dijadikan puding roti...oihh sodapp pulak..tapi aaaaaaaaaa itu laaa...belum sampai hajat, hati belum terdetik..banyak juga nak menaip tinta..mungkin lain kali..lain hari..pada lain kalam..in Shaa Allah..

Hari ni Jumaat, 18 November 2016...
Lagi 3 hari...sabar Cik Kucing..3 hari jer lagi..then off you go..back to your hometown..meet your mother, jumpa anak kesayangan Haida, jumpa abang..jumpa abah maybe..?? maybe laa...tengok dulu..kalau Cik Kucing berkesempatan..




Life is melody. A tune. A song. 
You are the composer..
kalau Cik Kucing, I prefer listening to cover than the real singer..
trust me, MERDU! 
but no one can beat Adele of course!



Yes, indeed. Life is beautiful. Secantik, seindah yang Allah bagi.
Then kenapa kita manusia yang hina ni nak memburukkan kehidupan dengan asap-asap dengki, kuman fitnah, dan pelbagai penyakit hati kronik yang lain.
we shouldn't be, bro..sis...
Life will be even more beautiful if we are being intellectual but at the same time we follow exactly all our obligations..


So, whenever there's a chance in life..take it..no matter what..don't ever leave it..
peluang datang sekali jer..jarang peluang yang sama akan datang  berkali-kali..
you know yourself better...
Till now...adieu..






Monday, 10 November 2014

Ikhtilat bukan satu alat.



Assalamualaikum dunya...
Tiup habuk sikit-sikit...
Fuhh..!
Alhamdulillah...Allah masih izinkan aku bernyawa...
0300 pagi..11/11/2014....ISNIN...
Allah masih izinkan aku berkongsi apa yang aku rasa aku patut kongsi...
segala ilham datangya dari Allah...
dan yang mengarut-ngarut serta mereng-mereng tu datang dari aku sendiri...

Dulu aku pernah terdetik nak bercakap pasal istikharah..
nah..sekarang terfikir pulak pasal IKHTILAT...!
satu perkataan yang sangat ringkas..mudah disebut...mudah dieja..
tetapi benda yang sangat berat untuk dibuat...susah untuk difahami...sukar dikecapi..
TERMASUKLAH aku sendiri..! 

sebelum aku merepek tah apa-apa...
aku nak kongsikan sedikit kata-kata dari seorang akak...
akak usrah aku ni..merangkap senior juga merangkap jurulatih silat gayong aku...
kecil molek orang dia...bertudung labuh..dan bagi aku dia memang menjaga ikhtilat..
cukup syarat-syarat tu..

"Orang sedar kadang-kadang orang tak jaga ikhtilat orang dengan korang semua..especially dengan lelaki (dalam silat gayong)..sebab orang rasa korang semua macam adik-beradik orang...orang sangat selesa dengan korang............. " - Kak Zai

Lepas dengar apa yang Kak Zai cakap tu...baru aku sedar...
tu jawapan yang aku tertanya-tanya selama ni...
jawapan kenapa kadang-kadang aku terbabas dalam menjaga ikhtilat....

ok kawan-kawan serta rakan taulan serta sesiapa sahaja yang Allah gerakkan hati untuk baca entri hamba ini..
ahahahahaha...
apa itu ikhtilat ya sayang...???
macam mana nak jaga ikhtilat...????

ok...aku ambik info ni dari 'angelpakaigucci'...
cuma aku terangkan secara ringkas...kalau nak lebih specific...
silalah lawat laman sesawang beliau ye..

angelwearsgucci.blogspot.com

ok..aku sambung...
secara ringkas atau dasarnya...
IKHTILAT itu bermaksud 'pergaulan'...
bak kata Angel Pakai Gucci...kalau dari segi syara'..ikhtilat itu bermaksud pergaulan antara lelaki dan perempuan..


muslimah-muslimah sekalian...
ikhtilat ni suatu benda yang sangat mudah sebenarnya...
tetapi susah kita nak buat kan...??
sebab lalaikah..???
sebab duniawikah...???
sebab modennya cara pemikirankah...????
silalah ketuk hati...tanya diri...

aku...???
Allah...ampunkan dosa aku Ya Allah...
aku sedar aku salah seorang wanita yang terkadang sangat cuai dalam menjaga ikhtilat aku...
macam yang Kak Zai cakap...
cuainya aku dalam menjaga ikhtilat kerana aku rasa selesa dengan sesetengah lelaki...
mungkin lelaki itu kawan lama..
mungkin kerana kawan lelaki itu aku rasakan mereka seperti abang atau adik aku...
atas rasa selesa...atas rasa mereka seperti ahli keluarga...
aku mengabaikan penjagaan ikhtilat aku...
ampunkan aku Ya Allah...
ampunkan aku...

para muslimin muslimat di luar sana...
aku percaya masih ramai yang tidak mampu menjaga ikhtiat dengan sempurna..
sesungguhnya tak banyak yang aku dapat tolong..aku cuma boleh kongsikan apa yang aku cuba buat..
untuk betulkan penjagaan ikhtilat aku...

1) PEMAKAIAN..atau DRESSING 
ini yang paling susah kan..?? ahahaha..
kalau pakai tudung labuh,, macam mana nak bergaya..???
kalau pakai baju yang longgar, macam tak best jerrr...nanti berserabai..
ye ke...???
habis cantik sangat ke kalau pakai ketat2..??? tu bukan cantik tapi minta kena jentik..!
don't worry laa..perempuan telah sedia cantik menarik..tak pyah risau psal nak bergaya...
we dress to please Allah not His creations..
kita jaga pemakaian...kita dah maju selangkah dalam menjaga ikhtilat...
kenapa..???
kerana lelaki tidak akan selesa untuk dekat2 dengan wanita yang menutup aurat mereka dengan sempurna..
jadi..ikhtilat terpelihara sudah bah! aheheheher,,,

2) PERCAKAPAN
ini pun aku cuba buat...hingga sekarang pun aku cuba menjaga percakapan ..
walaupun kadang2 sedikit sebanyak akan terbabas jua tanpa aku sedari..
perlu ada batas dan adabnya kalau nak bercakap dengan lelaki...
dengan zaman sekarang ni..tak masuk dek akal la plak kalau kita berkomunikasi menggunakan perantara...
kadang2 aktiviti berkumpulan atau apa2 perbincangan memerlukan lelaki dan perempuan bercakap secara terus tanpa perantara seperti mesej, whatsapp, line, viber atau apa2 je la..
jadi, kalau dah jadi macam tu...kita cuba la jaga adab pulak dengan sebaiknya..
jangan la kita tengok mata ajnabi tu sampai tak kelip2 pulak..
pandangan pun boleh ditundukkan...
tetapi kita semua manusia yang lemah lagi hina...
benda yang baik sangat susah nak buat...benda jahat sekelip mata boleh jadi hebat..!

aku berkongsi dua cara...
aku cuba buat...tetapi kadang2 masih tewas...masih gagal...
sekarang...aku berdiskusi dengan diri sendiri..
macam mana aku nak buat supaya ikhtilat aku benar-benar terjaga..
insyaAllah...setiap hari..
jom..sesama kita doa..minta dengan Allah...permudahkan segala urusan..
supaya jalan dakwah kita demi menjaga ikhtilat terbentang luas...terletak lurus...

aku berdoa untuk diri aku..
juga untuk semua saudara muslimat aku di luar sana...
InsyaAllah...dengan izin Allah...kita boleh..! 




tak banyak yang aku kongsi sebenarnya...
ilmu pun belum cukup ni...banyak lagi nak kena kejar...nak kena cari..gali..gerudi..
cuma ilmu2 ringkas ja aku mampu beri...

lastly...
segalanya pasti jika keazaman datang dari hati..digenggam pasti serta diringi petunjuk dan restu Illahi..











Thursday, 23 October 2014

Lambatnyerrrr nak tunggu kau officially 19..!


24.10.14

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
anda semua sihat...hmm..org tu..ye2..org yg sngt comel tu..
sihat ke awak..??? ke demam cinta ke..?? demam rindu ke..??
ok, kalau sihat bgus...
teruskan pembacaan anda...

sebelum tu...silalah lihat wajah anda sendiri...


Budak ni...ops! silap2...dah macam dewasa la..macam la..hahah..
nama dia Syahidatul Nabihah binti Abd Kamal...
cantiknyaaaa Ya Allah......
pertama kali diri ini berjumpa dgn dia...
terdetik dalam hati...
'pergh, comelnya..!'

kau mmg cantik sejak lahir lgi ea bie..????
hahahha...
bie..aku tanak pape..
just nak ucap Happy sweet 19.... :)
setahun bersama kau...bngun je tido smpai nak tido..
asyik dengan kau je...g mna2 dgn kau...
kdg senyum...kdg monyok...kdg gila..
semua bnda dgn kau....
gosip psal CINTA pun dgn kau...
sbb tu aku sayang kau..! >.<
k la bie...
tata...muah2...