jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Tuesday 15 April 2014

ISTIKHARAH


Alhamdulillah...
I'm still breathing...masih menikmati segala rahmat yang Allah bagi...
semalam..aku ada baca sikit pasal istikharah...
sebut je istikharah, apa yang selau berada di fikiran masyarakat kita sekarang ni cuma JODOH!
ya...kita sering kaitkan istikharah dalam pemilihan jodoh yang bersesuaian dengan diri kita..
lupakah kita bahawa ISTIKHARAH itu beerti...
kita memohon kepada Allah supaya kita diberikan ilham dalam memilih dan membuat keputusan berkenaan sesuatu perkara dan urusan..
bukan berkhususan dalam pemilihan jodoh sahaja.. 

Dalam hadis riwayat Jabir r.a; beliau berkata bahawa Rasulullah SAW mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajarkan kami suatu surah dari Al-Quran..
sabda Baginda : Jika salah seorang dari kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengejarkan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)

Al-Imam Al-Nawawi pernah berkata bahawa seseorang yang pernah melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya. 

Allah akan memberikan kita ilham bukan sahaja dari mimpi...
Dalam satu ceramah yang aku dengar, seorang ustaz ni ada memberitahu bahawa kadang-kadang apabila kita membuat istikharah, Allah akan menjawab dalam pelbagai cara.
Ada kalanya Allah buatkan hati kita berasa yakin untuk melakukan sesuatu urusan yang ingin kita lakukan.
Ada kalanya Allah datangkan orang-orang di sekeliling kita membawa perkhabaran yang baik atau tidak terhadap apa yang ingin kita lakukan.
Allah akan memberikan jawapan dalam pelbagai cara dan ianya tidak terhad melalui mimpi semata-mata.
Ada kalanya pula, kita boleh terus membuat keputusan tanpa perlu membuat istikharah. 

seorang sahabat aku pernah bertanya,
"Zati, kau pernah tak buat istikharah?"
"Eh, mestilah pernah...ramai ja yang pernah buat..npe?"
"Kau pernah buat istikharah pasal cinta kau?"

hahahaha....aku tergelak kecil dengan soalan dia...dalam hati..
'tu ke yang orang cakap istikharah cinta?'
tah la..aku sendiri pun tak pasti. 

"Istikharah pasal cinta aku? Belum sebab aku belum lagi jatuh cinta dengan mana-mana hamba Allah yang bergelar lelaki yang aku boleh kahwini"
"Kau ni..!! serius lah wehh..!"
"Hahahaha..aku serius la ni..apasal lak aku nak tipu kau.."
"Habis tu..kau dengan si tuttttt tu...aku rasa mcam kau patut buat istikharah ja...sebab aku kesian kat kau..tunggu macam orang bodoh je.."

wow..sahabat aku cakap aku tunggu si tutttt macam orang bodoh...
tak la sahabat...aku bukan tunggu sesiapa...
aku cuma memerhati dan memikir...itu je..
dan bagi urusan-urusan lain...aku berani nak buat istikharah...
tapi berkenan jodoh...
aku tak nak...sebab aku takut..bukan aku takut dengan jawapan yang bakal Allah ilhamkan pada aku..
tapi aku takut aku tak boleh kawal diri memikirkan benda yang tak sepatutnya aku fikir...

cinta, kasih, sayang sesama insan berlainan jantina akan hadir..
Allah akan hadirkan saat hati sudah bersedia...
saat itu kita sendiri akan sedar bahawa inilah saatnya Allah menghadirkan cinta dari seorang insan yang bergelar kekasih kepada kita...

Namun, aku harus akui...lumrah manusia yang serba hina dan lemah...
kita tak kan lari dari mempunyai perasaan suka dan kasih terhadap seseorang...
perasaan yang hadir itu adalah anugerah dari Allah walaupun kadang-kadang menyakitkan kerana selain dari anugerah, ianya juga bertujuan sebagai ujian dan dugaan. 
dan aku teringat akan sepotong ayat yang aku jumpa dulu :-

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahawa pilihan ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagiku dan berkatilah aku dalam pilihan ini. Namun jika Engkau tahu bahawa pilihan ini buruk bagiku, agamaku dan jalan hidupku, jauhkanlah aku darinya dan jauhkanlah pilihan itu dariku. Tetapkanlah bagiku kebaikan di mana kebaikan itu berada dan redhailah aku dengan kebaikan itu."

Bila sahabat aku sebut berkenan si tuttt tu...aku hanya mampu tersenyum...
apa yang nak difikirkan...
Allah yang menganugerahkan perasaan dan Allah jualah yang mampu menariknya kembali...
belum tentu dia yang aku suka adalah yang terbaik untukku...

seorang sahabat aku juga pernah berkata..
"Zati, dari apa yang kau cakap..aku dapat rumuskan satu benda..dalam soal jodoh..tiada sesiapa yang tidak layak untuk sesiapa.cuma orang itu bukan yang terbaik untuk sesorang itu....contohnya, jika kita perangai tah apa-apa sekalipun..kita tak boleh cakap yang kita tidak layak dijodohkan dengan seorang ustaz yang baik akhlaknya. Memang la betul lelaki yang baik dijadikan untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Tapi, kau sendiri jugak yang bagitau aku kan perancangan Allah itu sangat indah. Semua tu tak mustahil. Jadi, aku rasa aku bukannya tak layak untuk si dia tapi aku cuma bukan yang terbaik untuk si dia.. beza kan?"

ya sahabat...akhirnya kau dapat jugak maksud yang aku cuba sampaikan..
dan ingatlah sahabat serta sekalian muslimin dan muslimat.......

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, sedangkan berperang itu sesuatu yang kamu benci. Mungkin kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagimu. Mungkin kamu mencintai sesuatu sedangkan ia memudaratkan bagimu. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak."