jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Wednesday 28 March 2018

Diakah Putera Bani Tamim?

Salam dunia. Selawat kepada Baginda Rasulullah.  Syukur atas nikmat yang Allah berikan. 
Nyawa.
Emak.  
Kesihatan.
Kecukupan. 
Keinsafan.

Topik cik kucing hari ni adalah berkenaan Putera Bani Tamim.
Sedih. Sayu hati cik kucing. Kenapa?
Semua orang yang cik kucing tanya, semua terlepas pandang berkenaan Putera Bani Tamim.
Lupakan kita sudah di akhir zaman?
Alkisahnya, cik kucing dapat tahu berkenaan Putera Bani Tamim ni dari seorang dalam satu majlis ilmu. 
alhamdulillah. Ada kalanya Allah mengizinkan cik kucing terlibat dalam majlis ilmu.
Dari situ cik kucing dijentik oleh satu perasaan tentang Putera Bani Tamim ni.
Namun, manusia sering kali lalai dan alpa.
Tidak terlepas cik kucing.
Saat cik kucing hampir-hampir lalai sepenuhnya tentang ilmu akhir zaman, Allah takdirkan cik kucing berjumpa dengan seorang pemuda yang sangat lain perwatakan dia. 

...cik kucing ceritakan kemudian....


Image result for bismillahirrahmanirrahim

Apa yang cik kucing nak share ni, mungkin benar mungkin tidak.
kajilah! bacalah! supaya kalian lebih mengerti tentang apa yang cik kucing sampaikan dan supaya kalian tidak menyalahkan cik kucing sekiranya maklumat yang cik kucing kongsi ni ada cacat celanya.

Sedarkah kita, paksi matahari makin berubah dari hari ke sehari. 
masa berlalu kian pantas. 
Maksiat bercambah tanpa henti.
Para ulamak makin hilang di dunia. 
Alquran makin ditinggal.
Masjid dan surau makin lengang. 
Muda mudi kian leka. 
Allahu.
Istighfar lah wahai anak muda. Selawatlah wahai anak muda. Ucaplah syahadah wahai anak muda.
Biar seribu kali. Biar tiada henti. 
Bumi makin tua. NAZAK! Dunia makin singkat. AKHIR ZAMAN!

Bila tibanya akhir zaman, akan muncul golongan pemuda-pemuda yang akan memperjuangkan semula Islam.
Islam akan bangkit semula. 
Dajjal akan muncul, bersama bala tentera yakjuj makjuj. Allahuakbar. 
Bersediakah kita? Bersediakah kita melawan fitnah dajjal yang paling besar?

"Kebangkitan Islam Kedua Akhir zaman, akan muncul 4 pemuda ini"

1. Imam Mahdi

2. Putera Bani Tamim

3. Al-Hasyimi

4. Haris Harras

Figure Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudah sedia diketahui kewujudannya akan tetapi figure Al-Hasyimi masih menjadi misteri. Al-Hasyimi adalah seorang lelaki yang mempunyai peranan besar di dalam kebangkitan Islam bahkan beliau adalah kunci bagi kebangkitan Islam. Tanpa beliau Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi tidak dapat memenangkan Islam. Kerana pentingnya beliau hingga figure ini menjadi rahsia hingga berlaku jadual Allah.

Tidak seperti Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim yang sudah terkenal individu tersebut tetapi Al-Hasyimi tetap dirahsiakan identitinya. Siapa Al-Hasyimi?

Menurut hadis Al- Hasyimi adalah lelaki dari hujung timur. Mempunyai tahi lalat di bahu kiri. mempunyai tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri. beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi dari sebelah Bapa. Mengikut pendapat saya beliau adalah lelaki ahlulbait berbangsa Melayu dan ada hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi. Apa peranannya?

Peranan beliau adalah

1. Pencetus kepada Daulah di Timur

2. Orang Kanan kepada Putera Bani Tamim

3. Putera Bani Tamim dan beliau bergabung dengan Haris Harras untuk memerangi As-Sufyani

4. Pemegang panji-panji Imam Mahdi semasa Malhamah kubra

5. Menyerahkan khilafah kepada Nabi Isa as sesudah Imam Mahdi wafat

Peranan pertama dikunci suatu ketika dahulu demi menjaga amanah dan rahsia kebangkitan. peranan pertama sangat penting dan tak boleh didedahkan kerana jika Yahudi tahu maka beliau akan diburu dan tak akan dibiarkan hidup. Kunci dibuka kerana masanya sudah hampir kerana saat ini munculnya As-Sufyani dan Yahudi sudah bertindak untuk mencari siapakah gerangannya Al-Hasyimi kerana peranan ini sudah mereka ketahui.

Al-Hasyimi adalah orang yang sangat di monitor dan sangat diburu iblis dan Dajjal kerana peranan beliau pemegang kunci kemenangan dan padanya terdapat rahsia jadual Allah. Dia menjadikan Yahudi seolah-olah boneka yang dipermainkan bagi mengisi Jadual Allah. Beliau diberikan maklumat rahsia dari semasa ke semasa untuk membuka kunci rahsia perjalanan jadual Allah.

Di zaman Nabi Isa Al Masih as beliau dimuliakan dengan menjadi penyerah kuasa kekhalifahan kepada baginda as.

Hasil dari pembacaan cik kucing juga, sebelum munculnya Imam Mahdi, akan muncul terlebih dahulu Putera Bani Tamin.
Tetapi, Putera Bani Tamim ini akan berjumpa musuh beliau yang sangat dasyat iaitu kaum Sufyani. 


........

Kemunculan the beast atau third anti-christ oleh Notradamus manakala Islam pula mengelarkannya AL-SUFYANI.


AL-SUFYANI? 
Siapa mereka?
Ada yang beranggapan Al-sufyani sebagai AS , akan tetapi bila di kaji secara mendalam mengenai kronologi pergerakan Al-Sufyani, bala tentera atau dia sendiri MAMPU memasuki Mekah dan Madinah untuk mengejar/menangkap Imam Mahdi nanti. Jelas di sini, the third antichrist mungkin dari kalangan muslim itu sendiri.

Memandangkan terlalu banyak demonstrasi, pemberontakan di kalangan orang puak Syiah di negara Arab, berkemungkinan besar Al Sufyani ini dari kalangan orang-orang Syiah. Puak2 syiah di Iran contohnya walaupun amat menentang US, tapi mereka adalah umpama VIRUS di kalangan orang-orang Islam itu sendiri. Selain berlainan fahaman anti sahabat, anti isteri nabi, mereka juga mengangap ahlul sunnah wa jamaah adalah lebih kafir dari orang kafir yang menyembah berhala. 


Apa kaitan Al-Sufyani dan Pemuda Bani Tamim sebagai mujaddid?


Pemuda Bani Tamimn dan sahabatnya adalah musuh Al-Sufyani ini. 
Saat berlakunay pergolakan Islam, pemegang panji-panji hitam ini akan bergegas ke sana untuk pertahankan syiar Islam sebagai seorang mujaddid.

KEMUNCULAN PEMUDA BANI TAMIM...COMMANDER IMAM MAHADI
hadith riwayat Ka’ab bin Alqamah RH,

“Yang akan membawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki yang muda usianya. Dia berjanggut nipis dan berkulit kuning. Sekiranya dia menggempur gunung, nescaya gunung itu akan hancur dan menjadi rata (sehinggalah mereka) sampai ke bandar Ilyak (sebuah bandar di Baitulmaqdis)...........”

Sabda Nabi SAW,
“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al-Mahdi.” (At-Tabrani)
........

Dengan nama Allah yang Maha Esa, 
cik kucing akan menyokong Putera Bani Tamimini walau di mana pun dia berada.
Bersama dia, teringin cik kucing untuk berjuang demi Islam. 

.....

Persoalannya, sudah wujudkan Putera Bani Tamim? Siapakah di kalangan pemuda masa kini yang sebenarnya adalah Putera Bani Tamim?
Di mana dia?

Berbalik kepada cerita awal cik kucing. 
Bertemunya cik kucing dengan seorang pemuda. 
walaupun sedikit kurus, tapi dia nampak tegap, sasa, dada bidang.
raut wajah?
Manis.
Tenang.
Tetapi nampak kosong. Seakan dia mencari sesuatu, tapi dia tak tahu apa yang dia cari. 
saat cik kucing perhati dia, entah kenapa muncul perasan sayang.
rasa rindu bila tak nampak. 
rindu nak dengar suara dia. 
Tak tahu kenapa, dia pegang hati kami semua. 
Dan cik kucing banyak ingt akan Baginda Rasulullah. 
ingat Allah. 
Mungkin Allah takdirkan cik kucing untuk bertemu pemuda ini.
kerana cik kucing pun makin jauh dari Allah.
Banyak sngt cik kucing tinggal perkara sunnah. Allahu. Malu. 

Perwatakan dia. Ujian dia. Fizikal dia. Riak muka dia.
Allahu, sama. Sama macam yang cik kucing baca. Sama macam yang ustaz bagitahu.
Allahu. 

Adakah dia Putera Bani Tamim yang cik kucing cari?
Mungkin ya, mungkin tak. Atau mungkin dia adalah pemuda Al Hasyim
Iaitu orang kanan Putera Bani Tamim. 
Mungkin. 
Jika benar dia, Allah berilah cik kucing petunjuk.
Jika bukan dia, maka Allah beri juga petunjuk.
Wahai pemuda, cik kucing tak tahu kau akan baca entri cik kucing atau tak.
Jika kau baca, maka isilah semula kekosongan dalam diri.
Menanti saat untuk berubah? Jangan!
Paksa.

petik kata-kata Sheikh Fesol, solatlah walaupun kau tak ikhlas.
Solatlah walau kau solat sepantas kilat.
Solatlah walau dirimu penuh dosa.
Solatlah walau hatimu penuh  hitam.
Solatlah walau engkau seorang penzina. 
Sampai saat, Allah akan simbahkan sinar dalam hati. 
menangislah engkau masa tu. Sujud sesungguhnya kepada Allah. 
  
Walau dimulakan dengan paksaan.
Paksaan akan menjadi kebiasaan.
Kebiasaan akan menjadi keikhlasan. 
Keikhlasan akan memancarkan keimanan dan ketaqwaan.

Salam alaik. 

Image result for putera bani tamim


Image result for putera bani tamim

Related image