jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Monday 10 November 2014

Ikhtilat bukan satu alat.



Assalamualaikum dunya...
Tiup habuk sikit-sikit...
Fuhh..!
Alhamdulillah...Allah masih izinkan aku bernyawa...
0300 pagi..11/11/2014....ISNIN...
Allah masih izinkan aku berkongsi apa yang aku rasa aku patut kongsi...
segala ilham datangya dari Allah...
dan yang mengarut-ngarut serta mereng-mereng tu datang dari aku sendiri...

Dulu aku pernah terdetik nak bercakap pasal istikharah..
nah..sekarang terfikir pulak pasal IKHTILAT...!
satu perkataan yang sangat ringkas..mudah disebut...mudah dieja..
tetapi benda yang sangat berat untuk dibuat...susah untuk difahami...sukar dikecapi..
TERMASUKLAH aku sendiri..! 

sebelum aku merepek tah apa-apa...
aku nak kongsikan sedikit kata-kata dari seorang akak...
akak usrah aku ni..merangkap senior juga merangkap jurulatih silat gayong aku...
kecil molek orang dia...bertudung labuh..dan bagi aku dia memang menjaga ikhtilat..
cukup syarat-syarat tu..

"Orang sedar kadang-kadang orang tak jaga ikhtilat orang dengan korang semua..especially dengan lelaki (dalam silat gayong)..sebab orang rasa korang semua macam adik-beradik orang...orang sangat selesa dengan korang............. " - Kak Zai

Lepas dengar apa yang Kak Zai cakap tu...baru aku sedar...
tu jawapan yang aku tertanya-tanya selama ni...
jawapan kenapa kadang-kadang aku terbabas dalam menjaga ikhtilat....

ok kawan-kawan serta rakan taulan serta sesiapa sahaja yang Allah gerakkan hati untuk baca entri hamba ini..
ahahahahaha...
apa itu ikhtilat ya sayang...???
macam mana nak jaga ikhtilat...????

ok...aku ambik info ni dari 'angelpakaigucci'...
cuma aku terangkan secara ringkas...kalau nak lebih specific...
silalah lawat laman sesawang beliau ye..

angelwearsgucci.blogspot.com

ok..aku sambung...
secara ringkas atau dasarnya...
IKHTILAT itu bermaksud 'pergaulan'...
bak kata Angel Pakai Gucci...kalau dari segi syara'..ikhtilat itu bermaksud pergaulan antara lelaki dan perempuan..


muslimah-muslimah sekalian...
ikhtilat ni suatu benda yang sangat mudah sebenarnya...
tetapi susah kita nak buat kan...??
sebab lalaikah..???
sebab duniawikah...???
sebab modennya cara pemikirankah...????
silalah ketuk hati...tanya diri...

aku...???
Allah...ampunkan dosa aku Ya Allah...
aku sedar aku salah seorang wanita yang terkadang sangat cuai dalam menjaga ikhtilat aku...
macam yang Kak Zai cakap...
cuainya aku dalam menjaga ikhtilat kerana aku rasa selesa dengan sesetengah lelaki...
mungkin lelaki itu kawan lama..
mungkin kerana kawan lelaki itu aku rasakan mereka seperti abang atau adik aku...
atas rasa selesa...atas rasa mereka seperti ahli keluarga...
aku mengabaikan penjagaan ikhtilat aku...
ampunkan aku Ya Allah...
ampunkan aku...

para muslimin muslimat di luar sana...
aku percaya masih ramai yang tidak mampu menjaga ikhtiat dengan sempurna..
sesungguhnya tak banyak yang aku dapat tolong..aku cuma boleh kongsikan apa yang aku cuba buat..
untuk betulkan penjagaan ikhtilat aku...

1) PEMAKAIAN..atau DRESSING 
ini yang paling susah kan..?? ahahaha..
kalau pakai tudung labuh,, macam mana nak bergaya..???
kalau pakai baju yang longgar, macam tak best jerrr...nanti berserabai..
ye ke...???
habis cantik sangat ke kalau pakai ketat2..??? tu bukan cantik tapi minta kena jentik..!
don't worry laa..perempuan telah sedia cantik menarik..tak pyah risau psal nak bergaya...
we dress to please Allah not His creations..
kita jaga pemakaian...kita dah maju selangkah dalam menjaga ikhtilat...
kenapa..???
kerana lelaki tidak akan selesa untuk dekat2 dengan wanita yang menutup aurat mereka dengan sempurna..
jadi..ikhtilat terpelihara sudah bah! aheheheher,,,

2) PERCAKAPAN
ini pun aku cuba buat...hingga sekarang pun aku cuba menjaga percakapan ..
walaupun kadang2 sedikit sebanyak akan terbabas jua tanpa aku sedari..
perlu ada batas dan adabnya kalau nak bercakap dengan lelaki...
dengan zaman sekarang ni..tak masuk dek akal la plak kalau kita berkomunikasi menggunakan perantara...
kadang2 aktiviti berkumpulan atau apa2 perbincangan memerlukan lelaki dan perempuan bercakap secara terus tanpa perantara seperti mesej, whatsapp, line, viber atau apa2 je la..
jadi, kalau dah jadi macam tu...kita cuba la jaga adab pulak dengan sebaiknya..
jangan la kita tengok mata ajnabi tu sampai tak kelip2 pulak..
pandangan pun boleh ditundukkan...
tetapi kita semua manusia yang lemah lagi hina...
benda yang baik sangat susah nak buat...benda jahat sekelip mata boleh jadi hebat..!

aku berkongsi dua cara...
aku cuba buat...tetapi kadang2 masih tewas...masih gagal...
sekarang...aku berdiskusi dengan diri sendiri..
macam mana aku nak buat supaya ikhtilat aku benar-benar terjaga..
insyaAllah...setiap hari..
jom..sesama kita doa..minta dengan Allah...permudahkan segala urusan..
supaya jalan dakwah kita demi menjaga ikhtilat terbentang luas...terletak lurus...

aku berdoa untuk diri aku..
juga untuk semua saudara muslimat aku di luar sana...
InsyaAllah...dengan izin Allah...kita boleh..! 




tak banyak yang aku kongsi sebenarnya...
ilmu pun belum cukup ni...banyak lagi nak kena kejar...nak kena cari..gali..gerudi..
cuma ilmu2 ringkas ja aku mampu beri...

lastly...
segalanya pasti jika keazaman datang dari hati..digenggam pasti serta diringi petunjuk dan restu Illahi..