jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Thursday 26 December 2013

hanya kau ku fokuskan..




lensa kamera ku fokuskan kepada kau..
ya..engkau yg berkepala hijau..berbadan putih...
mungkin kau tertanya kenapa..
ini kerana aku yang memilih kau...
antara kau dan pemadam..
aku pilih kau.. 

dulu..aku sering menggunakan kau..
tanpa menyedari apa-apa..aku terus menggunakan kau...
setelah sekian lama kau tidak ku gunakan...
akhirnya aku menyentuh kau kembali..
dan dari situ datangnya kesedaran yang aku rasakan kini..

lalu..aku menyoal diri sendiri...
kenapa kau ku gunakan berulang kali..
kesalahan..ya..kerana ada kesalahan yang aku lakukan...
bukan bermaksud aku nak melenyapkan terus kesalahan tu..
tak juga bermaksud aku nak lupakan kesalahan yang aku lakukan..
apatah lagi nak tutup kesalahan yang aku dah buat...

tetapi aku menggunakan kau untuk betulkan kesilapan yang aku cipta..
dan walaupun aku dah padam kesalahan yang aku buat tu..
still aku takkan lupa..
kerana kau tetap akan meninggalkan kesan tompokan putih pada selembar kertas aku..
di mana aku akan sentiasa ingat bila dan di mana kesalahan aku...
supaya aku berjaga-jaga..
bila aku pandang kesan tompokan putih tu..
aku akan ingatkan diri aku agar tidak mengulangi kesalahan yang sama...

walaupun begitu..
aku mungkin akan menggunakan kau lagi..
bukan untuk membetulkan kesalahan yang sama..
tetapi untuk membetulkan kesalahan yang baru..
ini kerana aku hanya manusia biasa..
kesalahan demi kesalahan akan aku terus lakukan...
dan tidak akan pernah suci dari kesalahan sampai aku mati...

jadi kerana itu..
kau aku perlukan..
supaya kau dapat membantu aku...
mengingati...tidak mengulangi...menyedari....menginsafi diri...
hanya kau..
'liquid'





No comments: