jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Sunday 22 April 2018

Dia Si PBT


SI DIA, PBT kami
sumber semangat anak-anak GBS
SI DIA, PBT kami
Datangnya membawa kasih, bersambut cinta

Umurnya sangat muda
Kebiasaannya 
Tidak  layak menjadi ketua.

Kerana umurnya
Kebiasaannya
Dianggap getah dan fikirannya mentah.

Namun si dia
Menjadi sumber tenaga
Hadirnya mencurahkan ceria
Hadirnya membelai jiwa
Hadirnya tak perlu dipinta
Hadirnya melengkap suasana
Kerana dia, kerana dia

SI DIA, PBT kami
Membangkit rasa, penuhi jiwa
PBT kami, duduklah selama mana pun
Kami takkan benci.
PBT kami, jangan pergi.
Nanti separuh hati akan mati. 



-atihinata-
12.28 am

No comments: