jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Sunday 3 November 2013

Matangnya cinta..TIADA..


anak-anak muda bertanya..

"Mengapa sering saja kami gagal dalam cinta?"
"Mengapa kami diuji dengan cinta yang perit sebegini?"
"Mengapa selalu saja ada banyak dugaan dan cabaran apabila bercinta?"

anak-anak muda ini tidak mengerti sebenarnya..
seperti aku juga..
yang belum betul-betul tahu apa itu cinta sesama manusia yang berlainan jantina..
apa yang anak-anak muda itu alami..
aku mengerti kerana aku juga seperti mereka dahulu...
buta..sebutanya...
aku buta dalam mentafsir hubungan antara lelaki dan perempuan..

"Bercinta memerlukan kematangan dan persediaan yang serapinya......."

Benar apa yang dikatakan Hilal Asyraf...
Gagalnya anak-anak muda ini dalam cinta mereka kerana tiadanya kematangan...
mereka tidak bersikap matang dalam menjalinkan sesuatu hubungan itu..
dan mungkin juga kerana mereka masih mentah...
masih bergetah...
belum sempat lagi getah itu kering sepenuhnya...
anak muda ini sudah berani menghulurkan salam percintaan..
sedangkan aku sendiri yang lebih dewasa merasa ngeri..
ini kerana aku sudah terlebih dahulu melalui...
bodoh.!
itulah aku sewaktu ketika dulu...

Jika masing-masing bersikap matang dalam bercinta..
mungkin sebarang badai yang datang..
dapat diusir bersama-sama dengan cara yang sebaiknya..

tetapi inilah kita...
khalifah yang berdiri megah di bumi Allah..
memikul seketul tanggungjawab...
di mana antaranya kita diminta kasih-mengasihi..
tetapi sebagai insan yang terlebih bijak bestari masa kini...
bila sebut sahaja soal kasih-mengasihi..
apa yang berada di minda ataupun khayalan duniawi...
hanyalah cinta kasih sayang antara wanita dan lelaki..
yang sering dipuja-puji...

Jika betul ingin berbicara soal cinta antara dua gender..
Di mana terletaknya kematangan..??
Di mana mahu cari kematangan..???
pendapat aku..kematangan itu akan muncul dengan sendirinya mengikut waktu..
cepat atau lambat..itu terpulang..
kematangan akan wujud jika kita berfikir dengan waras..
bandingkan keputusan atau kesan hasil dari tindakan...
dengan itu..pilihan yang lebih baik dapat diambil sekaligus mencetuskan kematangan..
dan apabila sudah adanya kematangan..
sudah bersedia segalanya...
maka berkahwinlah...bercintalah...
dari situ kita akan temui cinta yang kita ingin rasakan...
dari situ..kita akan rasa kematangan dalam percintaan...

aku tidak ingin mengatakan yang matang hanya perlu dalam percintaan..
namun jika matang sudah wujud dalam percintaan..
kita juga akan mampu mewujudkan kematangan itu dalam hal yang selainnya..
dan di sini ingin aku memetik kata-kata Hilal Asyraf yang beliau tintakan..

"Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.. "
























2 comments:

Ahmad Syukri Ahmad said...

Hilal :)

Ati Hinata said...

ha'ah..hehehe..tapi kebanyakan yg jati tlis tu pndpt sndri..