jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Tuesday 29 October 2013

Sana sini..cerita hari ini..


ini kisah empunya diri..
ceritera pada hari ini...
konon katanya nak study....
sebab pper MUET ada 3 lagi....
tapi hati tak mampu memerangi...
nafsu semakin menjadi-jadi...
nak tengok movie jaaaa kerjanya setiap hari..

muncul pulak mak si pujaan hati...
marahnya dah berapi-api..
sebab si anak masih tak sedar diri...
mengadap laptop tak henti-henti...
sampai anak mata dari dok tengah dah berubah g tepi...

dalam usaha meloloskan diri..
empunya diri cuba memujuk emak yg cantik berseri...
dicucuk maknya ajak tengok sekali...
alih-alih..maknya tumpang sekaki....
sama-sama melayan cita Hana Kimi....
maka marah yang berapi-rapi surut kembali...

jadi...
sekian sahaja ceritera hari ini..
saja..cuma nak kongsi...
bukan senang jari-jemariku nak menari...
sekali beku susah nak cair kembali..

jadi...
empunya diri dah nak kena pergi...
OST Hana Kimi dah berbunyi..
tanda untuk mengundurkan diri...
semoga kita berjumpa lagiiiiiiiii...
tata titi..






No comments: