jarak antara kita masih rahsia

jarak antara kita masih rahsia

Sunday 22 September 2013

Desir ombak yang memutih..mengusir semua masalah aku.. :)



Benarlah ada sesetengah bicara..
masalah dapat disirna hanya dengan melupakan masalah itu..
melupakan bukan beerti lari daripadanya..
tetapi melupakan buat sementara cuma..
untuk memberi ruang kepada minda supaya memikirkan cara..
bertindak secara dewasa..

Saat jari-jemariku menari atas papan kekunci pada malam nan sunyi ini..
Angka digital sudah pun menunjukkan pukul dua sepuluh pagi..
tetapi hati yang sudah tenang ini..
terasa ingin meluahkan rasa hati...

Tanggal 22 September 2013...
kali kedua aku menjejakkan kaki ke TC..
sungguh cantik ciptaan Illahi..
aku terkesima lalu memuji...

hadirku ke TC...
beserta satu misi...
aku ingin menghilangkan segala gusar di hati..
merendamkan diri ke dalam lautan suci...

pertama kali...
menyentuh lautan nan suci...
bukan setakat kaki malah seluruh badan aku rendami..

saat buih2 putih menghampiri...
aku memejamkan mata..buang segala masalah yang membelenggu diri..
walaupun masin yang aku rasa..
namun satu kepuasan yang teramat bagiku..
terasa seperti segala tekanan dihanyut bersama ombak..
yang datang dan pergi...

.....................................


satu kepuasan yang amat sangat...
bersama teman2 seperjuangan..
meniti hari petang kami dengan indah..

semakin aku ingat masalah,,aku rasa semakin bertambah masalah tu..
jadi aku dah buang semua yang aku rasa dalam ombak2 kat TC tu..
hahahhaa..acah2 ja kan...
tpi serious...aku rasa tenang sangat2 skarg..
mmg keja gila mandi laut..aku tak pernah buat pun before ni...
arghhh..persetankan saja..! 
aku peduli apa..
yang penting aku bahagia....




-Ati Hinata-















No comments: